Saturday 18 June 2011

SHOPPING RAYA

Ada lebih dari dua bulan lagi baru akan menjelang Syawal.  Sekarang baru Rejab.  Kita ada Syaaban dan Ramadhan sebelum datangnya Hari Raya.

Tetapi hari ini isteri mendesak untuk pergi shopping.  Katanya nanti susah nak cari tukang jahit, dan ada bermacam alasan lagi diberinya.  Mahu tak mahu, mengalah jugalah.

Sampai di kawasan membeli-belah, sudah penuh dengan orang ramai.  Sepertinya semua mereka beralasan serupa.  Nasib baik juga terawal sedikit dan dapat parking.

Sunday 12 June 2011

AKADEMI FANTASIA MELABUH TIRAI

Selama sembilan musim Akademi Fantasia menjadi gilaan ramai anak-anak muda.  Tahun paling gemilang tentulah ketika AF3 di mana Mawi menjadi juaranya.

Malam ini tadi Akademi Fantasia melabuhkan tirainya buat kali terakhir iaitu selepas berakhirnya Konsert Final AF9.  Dalam percubaan untuk mempamerkan kegemilangan AF, berlaku sedikit kekalutan pada segi pengacaraannya kerana terlalu ramai pengacara.

Walaubagaimanapun tahniah kepada Hazama yang telah menjadi juara AF9 ini.  Kemenangannya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Hazama bukan saja menang kerana SMS.  Tetapi Hazama menang kerana dia memang berada di dalam kelasnya yang tersendiri, jauh ke depan dari saingannya.  Suaranya mantap, lagunya hebat dan persembahannya berkualiti dan sungguh memikat.

Sunday 29 May 2011

PENTINGNYA ANGKATAN BELIA

PM cuba mengumpulkan sejuta belia untuk menyuntik semangat.  Semangat apa tu sendiri ambil reti la!

Aku ikut tinjau juga.  Yang hadir tu tak ramai sangat.  Tak ada sebanyak penuh stadium bola kecil macam di Kelana Jaya tu.  Maknanya tak sampai 10,000 orang.

Tapi apa yang tersirat ialah betapa pentingnya suara belia ini.  Mereka akan menentukan masa depan Malaysia.

Jadi, hampir jelas PM dan parti BN sedang giat mencuba untuk memancing undi belia.  PR pula tak nampak lagi melakukan usaha desperate seperti ini.

Semakin kencang pula tiupan angin memberi kabar bahawa PRU13 tidak jauh lagi.  Sejauh mana kebenarannya, kita kena dan lihat la.

Thursday 12 May 2011

AKU PENING

Hari ini ingat nak blogwalking.  Tapi try berkali-kali tak boleh log in pula.  Orang kata biar sekejap.  Aku pun ikut buat begitu.  Tapi sama juga.

Petang pula lagi teruk.  Keluar macam-macam mesej.  Mula-mula suruh check blogger status.  Lepas tu kata tengah update.  Kemudian pula kata boleh baca saja.

Aku dah tak reti sangat lagi!  Mana tak pening!

Thursday 5 May 2011

INSAF DENGAN KESUKARAN HIDUP

Hari ini saya merasa amat rendah diri kerana apa yang saya dan keluarga lalui tidak seberat tanggungan beberapa orang lain.  Rupanya ramai orang terpaksa bersusah payah untuk mencukupkan keperluan keluarga.

Sebenarnya pagi tadi saya terserempak dengan dua staf yang sedang membekalkan kantin dengan kueh.  Sebelum ini saya tak pernah tahu bahawa isteri-isteri mereka membuat kueh tempahan kantin.  Inilah kueh yang saya lihat mereka bekalkan.

Pulut Inti

Kueh Pelita

Mereka berdua membekalkan kueh yang berbeza ini dalam jumlah yang agak banyak.  Saya mulanya secara bergurau bertanya.  Ternyata mereka memang membekal secara tetap bagi menampung keperluan keluarga mereka.

Saturday 30 April 2011

CUTI PANJANG HARI PEKERJA

Patutlah senyap sunyi disekitar perumahan kami.  Orang ramai pergi bercuti rupanya.  Maklum sajalah cuti panjang kerana hujung minggu ditambahkan dengan cuti Hari Pekerja.

Anak-anak pun merengek nak pergi jalan-jalan juga.  Jadi esok dan lusa sibuk bercuti ke Taman Burung dan Taman Orkid serta juga ke Taman Botanik di Putrajaya.

Untuk semua warga kerja, termasuk diri saya sendiri juga, diucapkan:

SELAMAT
HARI PEKERJA