Saturday 18 June 2011

SHOPPING RAYA

Ada lebih dari dua bulan lagi baru akan menjelang Syawal.  Sekarang baru Rejab.  Kita ada Syaaban dan Ramadhan sebelum datangnya Hari Raya.

Tetapi hari ini isteri mendesak untuk pergi shopping.  Katanya nanti susah nak cari tukang jahit, dan ada bermacam alasan lagi diberinya.  Mahu tak mahu, mengalah jugalah.

Sampai di kawasan membeli-belah, sudah penuh dengan orang ramai.  Sepertinya semua mereka beralasan serupa.  Nasib baik juga terawal sedikit dan dapat parking.

Sunday 12 June 2011

AKADEMI FANTASIA MELABUH TIRAI

Selama sembilan musim Akademi Fantasia menjadi gilaan ramai anak-anak muda.  Tahun paling gemilang tentulah ketika AF3 di mana Mawi menjadi juaranya.

Malam ini tadi Akademi Fantasia melabuhkan tirainya buat kali terakhir iaitu selepas berakhirnya Konsert Final AF9.  Dalam percubaan untuk mempamerkan kegemilangan AF, berlaku sedikit kekalutan pada segi pengacaraannya kerana terlalu ramai pengacara.

Walaubagaimanapun tahniah kepada Hazama yang telah menjadi juara AF9 ini.  Kemenangannya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Hazama bukan saja menang kerana SMS.  Tetapi Hazama menang kerana dia memang berada di dalam kelasnya yang tersendiri, jauh ke depan dari saingannya.  Suaranya mantap, lagunya hebat dan persembahannya berkualiti dan sungguh memikat.